Lawatan pertama ke Barat  (1893–1897) Swami_Vivekananda

Wakil-wakil Persidangan Agama-Agama Dunia(Sila lihat Ucapan-Ucapan Chicago

Vivekananda memulakan pelayaran ke Barat pada 31 Mei 1891 dari Pelabuhan Bombay. Dalam pelayaran laut ini, beliau berpeluang untuk melawat  negara-negara Singapura, Jepun (termasuk Nagasaki, Kobe,Yokohama, Osaka, Kyoto dan Tokyo), China dan Kanada. Dari Kanada, beliaumenaiki keretapi ke Chicago dan sampai di destinasinya pada 30 Julai 1893.

Pengalaman pertama Vivekananda di Chicago amat menghampakannya. Persidangan Agama-AgamaDunia telah ditunda ke bulan September. Tarikh untuk pendaftaran delegasi telahtamat dan beliau juga tidak mempunyai surat pengesahan daripada mana-manainstitusi untuk mewakili agama Hindu. Dalam keadaan ini, Swamiji bertolak ke rumah Cik Kate Sanborn. Dalam perjalanan keretapi ke Chicago, Swamiji telah berkenalan dengan Cik Kate Sanborn. Beliau seorang penceramah dan penulis terkenal zaman itu. Cik Sanborn juga mengagumi Swamiji yang petah dalam Bahasa Inggeris dan berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang sains, dan sastera. Oleh itu, beliau menjemput Swamiji ke rumahnya, Ladang Breezy Meadows di Boston. Di sini Vivekananda berkenalan dengan Professor JohnHenry Wright daripada Universiti Harvard. Professor Harvard, tertarik dengan personalitiVivekananda, berkata, “Untuk meminta kelayakan tuan adalah sama seperti menyoal mataharitentang kelayakannya untuk bersinar.” Dengan bantuan Professor Harvard dan PuanHale, Vivekananda berjaya menjadi delegasi dalam Persidangan Agama-Agama Dunia. 

Persidangan Agama-Agama Dunia

Pada 11 September 1893, Persidangan Agama-Agama Dunia bermula di ArtInstitute of Chicago di Michigan Avenue. Persidangan ini diadakan sempena sambutan World’sColumbian Exposition untuk menyamput 400 tahun penemuan benua Amerika.

Dalam ucaptamanya Vivekananda memberikan pengenalan ringkas sebagai wakilnegara India dan agama Hindu. Selepas menyembah Dewi Saraswati secara mental,beliau memulakan ucapannya dengan Para Saudara dan Saudari Amerika! Tepukangemuruh yang menyusuli kata-kata ini hanya berhenti selepas dua minit. Tujuh ribu orang yang berada di dewan ituterasa seolah-olah mereka telah terkena kejutan. Vivekanandameneruskan ucapannya. Beliau berkata, "Saya rasa bangga kerana berasaldaripada agama yang telah mengajar dunia toleransi dan penerimaan sejagat. Kamibukan sahaja mempercayai toleransi sejagat tetapi kami juga menerima semuaagama sebagai benar. Saya rasa bangga untuk berasal dari sebuah negara yangmemberikan perlindungan kepada orang-orang yang teraniya dan pelarian-pelarian dari semuaagama dan negara di dunia." 

Kemudian beliau mengungkap sebuah mantera dari Shiva Mahima Stotram:

“Seperti air sungai-sungai berlainan yangberasal dari tempat-tempat berlainan bersatu di laut, Wahai Tuhan, jalan-jalan berlainan yang manusia pilih disebabkan kecenderunganberlainan, walaupun ia kelihatan berbeza, bengkok atau lurus, semuanya sampaipada-Mu.” [3]

Kejayaan yang menyusuli ucapan ini adalah suatu peristiwa dalam sejarah. Keesokan paginya, semua surat khabardi Chicago memuji ucapan Swami Vivekananda dan menamakannya sebagai penceramahyang terbaik dan paling popular. Jalan-jalan Chicago memaparkanposter-posternya dengan perkataan “Rahib Vivekananda”. Orang ramai yangberlalu, berhenti untuk melihat posternya dan menunduk hormat. Beberapasurat khabar juga menerbitkan ceramah-ceramah beliau.

Ceramah-Ceramah di Seluruh Amerika Syarikat  dan England

Swami Vivekananda di San Francisco, 1900

Selepas Persidangan Agama-Agama Dunia, Swami Vivekanandamelawat seluruh Amerika. Dalam lawatan-lawatan ini, beliau memberikan ceramah,perbincangan formal dan memberikan inspirasi dan harapan kepada orang-orangAmerika. Beliau juga mengambil peluang untuk mengenali budaya dan tamadunmasyarakat Amerika Syarikat.

Vivekananda menghabiskan selama dua tahunberceramah terutamanya, di Chicago, Detroit, Boston, dan New York. Beliau menubuhkanVedanta Society New York pada tahun 1894. Menjelang musim bunga 1895, jadualbeliau yang padat menjejaskan kesihatan beliau. Beliau menamatkanceramah-ceramah umumnya, dan memulakan kelas-kelas persendirian. Kelas-kelasini diadakan secara percuma untuk sesiapa yang ingin mempelajari Vedanta danyoga.

Pada permulaan Jun 1895, beliau memberikan ceramah persendiriankepada dua belas orang pengikutnya di Thousand Island Park selama sembilan minggu. Ceramah-ceramah ini telah dicatatkan oleh Cik S.Ellen Waldo. Catatan yang diambil oleh Cik Waldo, kemudiannya diterbitkan sebagai ‘Inspired Talks’. Semasa berada di Thousand Island Park juga, Swamiji menulis sebuah sajaknya yang unggul, yang masih menjadi inspirasi kepada ratusan rahib bertajuk ‘The Song of the Sannyasin’.

Vivekananda melawat England dalamtahun 1895 dan 1896 dan memberikan beberapa ceramah. Di England, Vivekananda menjadi tetamu di rumah Encik ET Sturdy dan membantunya untuk menterjemahkan kitab Narada Bhakti Sutras ke dalam Bahasa Inggeris. Dalam November 1895,beliau bertemu dengan Margaret Elizabeth Noble, seorang wanita Irish yang kelak menjadi terkenal sebagai Saudari Nivedita. Dalam lawatan kedua keEngland, pada Mei 1896, Vivekananda bertemu dengan Max Müller, seorang ahli Indologi terkenal dari Universiti Oxford. Mullermerupakan orang pertama yang menulis biografi Sri Ramakrishna di Barat. Dari England,Swami Vivekananda melawat beberapa buah Negara Eropah lain. Di Jerman, beliaubertemu dengan  PaulDeussen, juga seorang ahli Indologi. Vivekananda juga menerima tawaran dariUniversiti Harvard dan Universiti Columbia untuk jawatan pengajar. Beliaumenolak kedua-dua tawaran itu kerana ia bertentangan dengan ikrar rahibnya.  

Ramai orang Amerika Syarikat dan Eropah menjadi pengikut dan kawan SwamiVivekananda. Dalam kalangan mereka ialah JosephineMacLeod, William James, JosiahRoyce, Robert G. Ingersoll, NikolaTesla, Lord Kelvin, HarrietMonroe, Ella Wheeler Wilcox, SarahBernhardt, Emma Calvé dan Hermann Ludwig Ferdinand vonHelmholtz. Salah seorang pengikut, Christina Greenstidel dari Detroit yang kemudiannya dikenali sebagai Saudari Christine. Pengikut-pengikut ini membantu Vivekananda untukmenyebarkan falsafah Vedanta di Amerika Syarikat dan Eropah.  

Agar ajaran Vivekananda kekal abadi, Josephine MacLeod mengupah seorang jurutrengkas mahkamah bernama Encik J.J.Goodwin. Goodwin berkebolehan untuk menulis dua ratus perkataan dalam seminit. Pada mulanya, beliau mengenakan bayaran yang tinggi.  Selepas seminggu mendengar dan merekodkan kata-kata Vivekananda, Goodwin enggan menerima sebarang bayaran. Beliau berkata, “Jika Vivekananda memberikan hidupnya, saya sekurang-kurangnya boleh memberikan perkhidmatan saya.” Seperti bayang-bayang, Goodwin mengikut Vivekananda dan mencatatkan kata-kata beliau.  

Ceramah-ceramah Vivekananda di New York, telah dicatatkan oleh Encik J.J.Goodwin. Kemudian, ceramah-ceramah ini telah diterbitkan di bawah tiga tajuk utama iaitu Raja Yoga, Karma Yoga dan Bhakti Yoga. Pada Februari 1896, Karma Yoga di terbitkan di Amerika Syarikat. Raja Yoga diterbitkan di London pada 13 Julai 1896.Bhakti Yoga pula diterbitkan di Madras pada September 1896.    

Semasa berada di Barat, Vivekananda tidak pernah melupakan tanahairnya. Beliauterus berutus surat dengan para pengikut dan saudara-saudara segurunya diIndia. Surat-surat Vivekananda ketika ini menggambarkan kempennya untuk aktiviti-aktivitikebajikan dan kemanusiaan. Beliau mendesak orang-orang India untuk bangkit demi memajukan negaradan tamadun mereka.  

Vivekananda menulis kepada Swami Akhandananda, “Pergilah dari rumah kerumah, berjumpa dengan orang-orang miskin dan kelas bawahan di pekan Khetri. Ajarlahilmu agama kepada mereka. Berikan mereka secara lisan ilmu dalam bidanggeografi dan sebagainya. Melainkan kamu boleh melakukan kebaikan kepada orangmiskin, tidak ada gunanya jika kamu duduk selesa sambil menjamu selera, dan berkata,“Ramakrishna, Wahai Tuhan!” 

Pada tahun 1895, Vivekananda menubuhkan majalah Brahmavadin untuk mengajarVedanta. Kemudian, pada tahun 1889, enam bab The Imitation of Christ yang diterjemahkanoleh Vivekananda diterbitkan dalam Brahmavadin.

Pada Disember 1896, Vivekananda bersama-sama pengikutnya, Kaptain dan PuanSevier dan JJ Goodwin bertolak ke India. Dalam perjalanan ini, beliau melawatPeranchis dan Itali.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974